Subscribe:

Ads 468x60px

PEMETAAN 3D (MAPPING)



Pemetaan atau Mapping merujuk kepada proses meletakkan corak (texture) atau warna kepada permukaan model 3D yang telah siap dimodelkan. Terdapat beberapa kaedah pemetaan yang digunakan, antaranya ialah :



Texture mapping
Menggunakan imej/grafik bagi tujuan pemetaan
Reflection mapping
Menghasilkan permukaan yang bersinar hasil dari proses pemetaan refleksi atau pantulan.
Environment mapping
Menghasilkan permukaan yang mengembalikan refleksi dari keadaan persekitaran.

Proses pemetaan ini berperanan membantuk imej-imej yang terbabit agar mempunyai corak atau warna yang bersesuaian dengan konsep animasi yang dibawanya. Ilustrasi berikutnya menunjukkan contoh bagaimana proses pemetaan dilaksanakan.


3D Max : Teknik Mapping


Teknik Mapping menggunakan gambar


Pemetaan merupakan suatu proses yang amat penting bagi memastikan model atau animasi yang akan dibentuk kelihatan lebih realistic dan hidup. Pemilihan corak dan warna yang sesuai amat diperlukan kerana model yang telah siap dibina, tidak akan kelihatan realistic jika permukaan yang dihasilkan tidak sebagaimana yang sebenarnya secara semulajadi. Ilustrasi berikutnya menunjukkan dua contoh kesan penggunaan texture yang berbeza terhadap bentuk paparan sesebuah imej.



Sumber daripada --->

Tajuk Buku  : Pengenalan kepada Multimedia
Penulis         : Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Tahun           : 2000
Penerbit       : Venton Publishing


Written by

0 comments: